Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Jahit – Intake 1 (Minggu 12)
7 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 6 Mei 2025, seorang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Jahit yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-12 adalah mendraf pola kurung pesak dan kain susun tepi.
Topik pada minggu ini merupakan topik baharu. Dalam kelas ini, peserta telah belajar serba sedikit mengenai sejarah kurung pesak, mengenali bahan dan alatan yang diperlukan, langkah mengambil ukuran badan, memahami formula penting dan mendraf pola asas badan hadapan, belakang serta tangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: